Tuesday, July 17, 2012

Sesal Dahulu Pendapatan.. Sesal Kemudian Tidak berguna (",)

Ketika berusia 1 tahun =
ibu menyusukan kita dgn penuh kasih sayang. cara kita ucapkan terima kasih kpdnya hanya dgn menangis sepanjang malam

Menjelang usia 3 tahun =
ibu menyediakan makanan, menyuapkan makanan dan mendidik kita. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menumpahkan makanan ke lantai

Apabila berusia 7 tahun =
Ibu belikan sebiji bola. cara mengucapkan terima kasih kepadanya dgn memecahkan cermin tingkap rumah jiran

Ketika berusia 9 tahun =
ibu menghantar ke sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas

Menjelang usia 10 tahun =
ibu mengingatkan kita tentang solat. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu orang lain pon x solat jugak

Menjelang usia 13 tahun =
ibu menyuruh kita supaya memakai pakaian yg menutup aurat. kita membalasnya dgn mengatakan pakaian itu sudah tidak sesuai dgn keadaan sekarang

Apabila berusia 18 tahun =
ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima utk menyambung pelajaran ke IPTA. cara kita ucapkan terima kasih kpd ibu dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 20 tahun =
ibu bertannya sama ada kita sudah mempunyai teman istimewa atau belum, kita berkata "itu bukan urusan ibu"

Apabila berumur 25 tahun =
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh

Ketika berusia 40 tahun =
ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampung. kita berkata : " kami sibuk, x ada masa nak datang "

Apabila berusia 50 tahun =
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kpd anak-anak

Dan suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal dunia. khabar itu bagaikan petir. dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu...



OLEH ITU, JADILAH DIRI ANDAN SEBAGAI BUNGA DALAM KELUARGA DAN BUKANNYA DURI YG AKAN MEMUDARATKAN ORANG LAIN. INGAT !! BALASAN ALLAH S.W.T AKAN TERTIMPA KEPADA MANUSIA YG MENDERHAKA KPD SEMUA KEDUA IBU BAPANYA SEMASA DI DUNIA LAGI..