ibu menyusukan kita dgn penuh kasih sayang. cara kita ucapkan terima kasih kpdnya hanya dgn menangis sepanjang malam
Menjelang usia 3 tahun =
ibu menyediakan makanan, menyuapkan makanan dan mendidik kita. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menumpahkan makanan ke lantai
Apabila berusia 7 tahun =
Ibu belikan sebiji bola. cara mengucapkan terima kasih kepadanya dgn memecahkan cermin tingkap rumah jiran
Ketika berusia 9 tahun =
ibu menghantar ke sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas
Menjelang usia 10 tahun =
ibu mengingatkan kita tentang solat. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu orang lain pon x solat jugak
Menjelang usia 13 tahun =
ibu menyuruh kita supaya memakai pakaian yg menutup aurat. kita membalasnya dgn mengatakan pakaian itu sudah tidak sesuai dgn keadaan sekarang
Apabila berusia 18 tahun =
ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima utk menyambung pelajaran ke IPTA. cara kita ucapkan terima kasih kpd ibu dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.
Ketika berusia 20 tahun =
ibu bertannya sama ada kita sudah mempunyai teman istimewa atau belum, kita berkata "itu bukan urusan ibu"
Apabila berumur 25 tahun =
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh
Ketika berusia 40 tahun =
ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampung. kita berkata : " kami sibuk, x ada masa nak datang "
Apabila berusia 50 tahun =
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kpd anak-anak
Dan suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal dunia. khabar itu bagaikan petir. dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu...
No comments:
Post a Comment