Sunday, February 26, 2012

~ Usaha Tangga Kejayaan ~

Assalamualaikum...

Untuk kali ini...nak kongsikan satu topik ~ Usaha Tangga Kejayaan ~ hehe...terlintas utk menulis tentang nie sebab ada satu kisah anak sedara sy Muhammad Amirul Mustaqim   nama empunya diri..Yang dikatakan usaha tangga kejayaan adalah disebabkan dia ingin memiliki permainan yg banyk oleh itu..dia telah membeli keropok koko krunch yg didalamnya terdapat permainan kecil haha..INGAT lagi tak...mungkin dulu namanya KEROPOK ALI BABA..setiap hari dia akan membeli stau atau dua bungkus keropok tersebut..sehinggalah dia dimarahi oleh org sekeliling sbb xtahu nk blli keropok lain dah haha...TAPI dia tetap dengan usahanya...Akhirnya dia telah berjaya mengumpul sebanyak 50 BIJI kereta/vespa/lori/kapal terbang mainan yg kecil seperti di bawah ini.. Jom tengok!!



Comel2 ja keta


koleksinya





hehe..itulah yg dikatakan usaha tangga kejayaan 




Thursday, February 23, 2012

Kisah "LUAHAN HATI" yg sentiasa berbolak balik

Assalamualaikum w.b.t semua....

Hari ni sy nak kongsikan kisah "LUAHAN HATI" yang sentiasa berbolak balik..kisah ini terjadi pada salah seorang sahabat baik saya..Erm agaknya mengapa jadi begitu?? Dirinya pun tdk mengetahui puncanya..tp sahabatku ini sering mengadu bahawa dia juga ingin hidup seperti insan yg lain..Ya Allah bantulah sahabatku ini spy dia sembuh dari segala penyakit itu dan dapat hidup ceria seperti insan yg lain...

(mesti dia nak hidup ceria macam ni kan)

KISAHNYA :
seperti seorang gadis dewasa, semstinya sahabatku ini ingin hidup ceria sepertimana kwn2 lain yang seusia dengannya, tetapi sebaliknya berlaku pada dirinya, bila dilihat dari tubuh badan, rupa paras sememangnya dia nampak sihat seperti org lain TETAPI hatinya????
sering berbolak balik. Antaranya,dia akan rasa tidak tenang apabila dia diajak untuk ke kenduri kahwin+kenduri arwah+menziarahi jiran dan keluarga + majlis2 keramaian..hatinya sentiasa berbolak balik memikirkan pandangan orang terhadap dirinya..menurutnya, persoalan demi persoalan yang muncul di kepalanya apabila dia diajak kemajlis begitu..
ANTARANYA, apabila dia kerumah kenduri, dia lebih suka orang memberi kerja kpdnya daripada dia duduk sendirian, dia lebih suka sibuk dengan kerja2 daripada dia hanya duduk melihat orang membuat kerja,dia akan susah hati+serabut perot memikirkan pandangan org terhadap dirinya jika hanya diam sahaja tanpa membuat apa2 kerja.kadang2 air mata mengalir tanpa sebab.Ya Allah...
Dia juga takut jika dirinya menjadi seperti kakaknya..seorang kakaknya juga begitu, menghadapi situasi yang sama. Dia juga sedih memikirkan ibunya yg sangat memahami dirinya tetapi...(dia tdk dpt menceritakan seterusnya krn sebak bila memikirkan)

Aku seirng menasihatkan dia supaya kuatkan diri menghadapi situasi tersebut, jangan ikutkan hati, kuat semangat..Ya Allah bantulah sahabatku ini dalam menghadapi hidupnya dihari yg akan datang, semoga ALLAH S.W.T memberi ketenangan kepada dirinya..

WallahuA'lam... (",)



~ Andai Boleh Berpaling Semula ~

Assalamualikum semua bloger2....ngeeeeee bertemu semula setelah beberapa hari tidak meng"update" hehe.. hari telah berganti hari namun hati dan perasaan tidak berganti2 hehe...erm hati bergelora bagaikan laut yg dipukul ombak, ditambah dengan angin kencang,,begitulah keadaan hati ini...setiap hari memikirkan sejauhmana ak dapat berdikari...21FEBRUARI2012 adalah genap sebulan ak bergelar pengaggur setelah tamat pengajian..rasa rindu akan BUMI MUALLIM semakin bertambah..rindu akan suasana pembelajaran dan S.A.H.A.B.A.T..hanya ALLAH S.W.T mengetahui isi hati hamba-Nya yg kerdil ini..ANDAI BOLEH BERPALING SEMULA..sungguh manis kenangan itu bersama susah payah melalui ranjau kehidupan yang penuh dengan onak duri menjelajah demi sebuah KEJAYAAN.

DIRI ini bagaikan burung yang sedang berterbangan diudara..masih mencari satu tempat yg boleh memberi sedikit rezeki utk aku meneruskan kehidupan masa akan datang sepernimana sahabat2ku yg lain...membahagiakan keluarga terutamanya IBU BAPA, ABANG2 dan KAKAK2 yg telah banyak bekorban membantu ak ketika belajar..

Bak kata org rezeki jgn ditolak..bukan senang utk mendapatkannya...TETAPI aku telah melepaskannya..ketika itu ak telah mendapat tawaran untuk menjadi salah seorang 
PENDIDIK dibawah satu LEMBAGA SEKOLAH AGAMA RAKYAT namun ak telah membuat satu keputusan yang mungkin jika ditanya mengapa AKU SENDIRI  TIDAK DAPAT MENJAWABNYA
Ya ALLAH
Andai Boleh Berpaling Semula AKANKU memberi jawapan YA dan meneruskan JIHAD di JALAN-MU


INSAN yang KERDIL ini hanya mampu MERANCANG..ALLAH S.W.T juga MERANCANG
Tetapi SEBAIK-BAIK PERANCANG adalah ALLAH S.W.T


semoga ada hikmah disebalik semua suratan ILLAHI, Aku Redho dengan Ketentuannya..
Hanya mampu berusaha utk sekian kalinya..semoga meraih kejayaan dengan BERTAWAKKAL 

YA RABBI...YA RABBI...YA  RABBI


Masa berlalu..hanya tarikh2 yg terdpt pada pengikat roti tersebut tercatat  diantaranya 

Wednesday, February 22, 2012

~ Rindu S.A.H.A.B.A.T semakin bertambah bila B.E.R.J.A.U.H.A.N ~

Salam semua :)

erm..ntah kenapa mlm ni tetiba terasa nk selongkar ALBUM SHUD kat MY COMPUTER..dah brapa lama disimpan rapi..tba2 terjumpalah satu album nie...semua gambar yg diambil dalam album tersebut sewaktu ak sem 3..nak tau apa yg ada dalam 2???? zassssssssssssssssss!!!! jeng...jeng...jeng ^_^...

Semua gambar 2 adalah ------------->



ni DONY & DOLAH haha nama samaran besr 2 ekor nie..mai dari OPAH (Misbah Hanim Zakaria)


semua barang kita beli sama2...tp sekarang xda sapa nk tean kami bli semua brg nie dah :(


kasut kuliah pon sama..sampai kwn2 sekuliah panggil kami dua KEMBAR...huhu rindunya panggilan 2 TAPI sekarang ????



selalunya pergi beli sama2 tp..tuk sandal yg kat atas nie..kami beli kat SP..ampa beli kat AS..tp akhirnya bertemu d UPSI..SAMA...sahabat :(



 




bila tgk gambar2 dlm album nie.kami ingat satu perbualan dengan mak pg tadi

Emak : Erm bila ntah hg dapat duk ngan DAYAH lagi..ampa duk dari sem 2 nuuu...

xdan nk menyampuk llagi EMAK terus berkata :

sama2 doa semoga ampa dua dapat mengajar sekolah dekat2 nnt..

Ya Allah..Amin Ya Rabb..semoga doa ibuku di makbulkan oleh-Mu Ya Allah...

Moga ukhuwah yg terjalin kerana ALLAH ini akan terus kekal hingga ke JANNAH-NYA... 

Amin ,^_^,

Bila kita kini..tak lagi bersama....

S.A.H.A.B.A.T

Saturday, February 4, 2012

$$ Baucer Buku $$

Alhamdulillah...akhirnya mendapat rezki dari Allah s.w.t...Baucer buku rm 200 dapat dimanfaatkan dgn membeli buku yg diidamkan selama ini...InsyaAllah dgn adanya buku2 ini dpt mengisi masa terluang..semoga dapat mengambil iktibar dari isi kandungan buku2 yg dibeli dan dmemberi manfaat kpd org lain :).. bi dabawah nie adalah buku2 tersebut :












Cuba mendalami sejarah Islam dengan lebih mendalam..Allahhu Rabbi




Alhamdulillah..akhirnya ^_^

Assalamualaikum w.b.t

erm  nk kongsi cerita...petang kemarin ketika jam menunjukkan jarum pukul 4.30, tiba2 tetefon bimbitku berbunyi,,zzz,,zzz,,,1 msg receive...ak mndpt satu msg drpd seorang sahabatku mengatakan keputusan semester akhir telah dikeluarkan dan boleh disemak di laman sesawang upsi...jantung berdegup kencang bagaikan ribut melanda....dengan perasaan ketakutan, ttp anak2 jariku ttp berani menekan punat2 keybord masuk laman sesawang mysis.upsi masukkan id no dan kata laluan..terklik pada bahagian exam reslut dan kahirnya terpapar ketutusan...dengan iringan kalimah Ya Allah....Ya Allah...Ya Allah....ak semak satu persatu..Alhamdulillah Ya Allah dengan izin-Mu dapat menamatkan pengajian di Bumi Murabbi UPSI selama 3 tahun setengah...

Status : Tamat Pengajian
Keputusan : Layak Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Aku bergegas memberitahu kedua ibu bapaku dan keluarga... Terima kasih MAK, PAK, KAKAK2 ABANG2, PENSYARAH2, SAHABAT2  serta semua pihak yg telah bekorban masa, wang ringgit, dan sebagainya demi membantuku selama pengajian ak d bumi UPSI..Jasa kalian amat bermakna bagiku... 

langkah seterusnya ----------->

mencari rezeki utk meneruskan hidup, membantu keluarga dan jika diizin-Nya dapat menyambung ke tahap yang lebih tinggi...InsyaAllah....