Tuesday, May 31, 2011

Berjuang berkorban demi anak bangsa ^_^

begitu pantas masa berlalu..pejam celik dah tiga minggu menjalani praktikum..alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar..pelbagai kerenah anak-anak pelajar..ada yang mencuit hati...ada yang menggeramkan dan ada yang memeningkan haha...bersabarlah wahai pendidik...banyak pengalaman yang dilalui selama tiga minggu bergelar pendidik...minggu pertama ak terlibat dengan persediaan sambutan hari guru peringkat sekolahku..aku mula belajar bagaimana untuk menguruskan sesuatu majlis supaya berjalan dengan lancar...sebelum cuti sekolah aku terlibat dengan qiyamulail perdana yang dianjurkan peringkat sekolah...aku diberi amananh sebagai AJK PENGINAPAN & KECEMASAN pelajar perempuan...aku bermalam di sekolah bersama-sama dengan pelajar...pada hari sabtu dan ahad pula ak terlibat dengan perkhemahan KRS peringkat daerah..ak membantu guru-guru untuk menyediakan makanan untuk pelajar dan menjaga check point dalam salah satu aktiviti yang dijalankan...ak merasakan sesuatu yang baru dalam diriku...ak mula bersemangat untuk terus menjadi pendidik dengan pengalaman baru yang dilalui...Ya Allah...semoga Engkau pemudahkan urusanku Ya Rabbi...