Monday, May 31, 2010

Sepuluh Wasiat

Dari Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bagunlah sembahyang serta merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku2 ilmiah, pergilah ke majlis2 ilmu dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dlm perkara yg tidak memberi faedah.

3. Berusahalah utk brtutur dlm bahasa arab krna bahasa arab yg btul itu adalah satu2nya
syiar Islam.

4. janganlah bertengkar dlm apa2 perkara sekalipun krna pertengkaran yg kosong tidak
memberi apa2 kebaikkan.

5. janganlah byk ketawa kerana hati yg berhubung dgn Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. janganlah banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tdk mengerti
melainkan bersungguh2 dlm setiap perkara.

7. janganlah bercakap lbh nyaring drpd yg di kehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yg nyaring itu adalah satu resmi yg sia2 malah menyakiti orang lain.

8. jauhilah daripada mengumpat2 peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah
bercakap melainkan apa2 yg memberi kebaikkan.

9. berkenal2lah dgn setiap muslim yg ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah
berkenal-kenalan dan berkasih syg.

10.kewajipan2 kita lbh byk drpda masa yg ada pd kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik2nya dan ringkaslah perlaksanaannya.

Tuesday, April 27, 2010

Metodologi Pembangunan Laman Web...

sama2 kta ulangkaji ..semoga kita semua dapat menjawab dengan tenang..gud luk semua ...

PROSES PEMBANGUNAN LAMAN WEB

Seperti pembangunan perisian tradisional, proses pembangunan laman web juga boleh dibahagikan kepada langkah-langkah kitaran hayat yang berbeza. Ini boleh membentuk pasukan yang efektif dan juga standard dan prosedur boleh diambil untuk mencapai kualiti yang maksimum.

Proses pembangunan system boleh mengikut beberapa kerangka kerja, metodologi, peralatan pembangunan dan bahasa syarikat yang biasa. Kitar hayat pembangunan perisian biasanya terdiri dari beberapa standard yang dapat memenuhi mana-mana pasukan pembangunan. Seperti perisian, laman web juga boleh dibangunkan dengan beberapa cara di mana beberapa perubahan dan penambahan kepada proses pembangunan perisian yang sedia ada. Mari kita lihat langkah2 yang terlibat dalam mana-mana pembangunan laman web:

1. Analisis

Setelah pelanggan menyatakan keperluannya, pasukan pembangunan akan melihatnya menerusi analisis keperluan. Oleh kerana laman web adalah sebahagian daripada system, ia memerlukan analisis yang lengkap seperti bagaimana laman web atau aplikasi dasar laman web akan membantu system yang sedia ada dan bagaimana system tersebut membantu perniagaan. Analisis tersebut perlu merangkumi semua aspek terutama bagaimana laman web tersebut ingin dimasukkan ke dalam sistem yang sedia ada. Perkara penting pertama ialah mengenalpasti pengguna sasaran. Seterusnya semua perkakasan, perisian, orang yang terlibat dan data perlu dipertimbangkan semasa analisis. Contohnya, syarikat XYZ memerlukan laman web untuk menyediakan maklumat sumber manusianya ke atas talian, pasukan penganalisis mungkin cuba untuk mengenalpasti data yang sedia ada mengenai pekerja didalam pangkalan data yang sedia ada. Analisis tersebut seharusnya dilakukan secara singkat. Pasukan tersebut seharusnya mampu menghasilkan analisis yang menjimatkan dan sebagai rancangan kepada projek yang mana akan menjadi output untuk analisis, , ia seharusnya realistik. Dan untuk mencapai ini penganalisis harus berbincang dengan pereka, pembangun dan penguji untuk menghasilkan rancangan yang realistik.

Input : temubual dengan klien, surat2 dan dokumen sokongan dari klien, nota perbincangan, perbincangan atas talian, perbualan telefon yang direkod, aplikasi/laman web contoh dan sebagainya.
Output : 1. rancangan kerja, 2. kos yang terlibat, 3. keperluan pasukan, 4. keprluan perkakasan dan perisian, 5 dokumen sokongan dan 6. kelulusan.

2. Penentuan Spesifikasi.

Spesifikasi penyingkiran dirangka dengan merangkumi setiap dan semua elemen keperluan. Contohnya jika produk ialah laman web, jadi modul laman tersebut adalah termasuk paparan am(layout keseluruhan), navigasi laman dan bahagian dinamik laman tersebut harus disertakan di dalam spesifikasi. Projek yang lebih besar akan memerlukan memerlukan rundingan peringkat yang lebih lanjut untuk mendapatkan perniagaan tambahan dan keperluan teknikal. Selepas meneliti dan mengenalpasti dokumen penyingkiran, proposal bertulis disediakan, menggariskan skop projek tersebut termasuklah tanggungjawab, jangkamasa dan kos.

Input : laporan daripada pasukan analisis.
Output : spesifikasi keperluan lengkap kepada individu dan pelanggan/wakil pelanggan.

3. Rekabentuk dan pembangunan

Selepas menentukan spesifikasi, kerja ke atas laman web dijadualkan mengikut proposal yang ditandatangani, deposit serta mana-mana bahan bertulis dan bergambar yang ingin dimasukkan. Disini biasanya paparan dan navigasi direka sebagai prototaip.

Sesetengah pelanggan mungkin akan hanya berminat pada prototaip yang berfungsi sepenuhnya. Dalam kes ini kita mungkin perlu menunjukkan mereka interaktiviti aplikasi atau laman tersebut. Tetapi dalam banyak kes, pelanggan mungkin tertarik untuk melihat dua atau tiga rekabentuk dengan semua imej dan navigasi yang lengkap.

Disini, boleh terdapat banyak cadangan dan perubahan yang dinginkan pelanggan dan semua perubahan harus dibekukan/dilakukan sebelum ke fasa yang seterusnya. Perubahan boleh dipaparkan menerusi web tersebut untuk paparan kepada pelanggan.

Seperti yang diperlukan, komen pelanggan, maklumbalas dan pengesahan boleh dilakukan menggunakan email, faks dan telefon.

Menerusi fasa rekabentuk, pasukan seharusnya membangunkan pelan pengujian dan prosedur untuk memastikan tahap kualiti yang terbaik. Adalah perlu untuk mendapat kelulusan pelanggan mengenai rekabentuk dan rancangan projek.

Dalam masa itu, pasukan pangkalan data akan melihat dan memahami keperluan dan membangunkan pangkalan data dari semua struktur dan contoh data juga harus disediakan.

Input : spesifikasi yang diperlukan.
Output : rekaan laman dengan templat, rajah dan prototaip.

4. Penulisan kandungan (pengisian)

Fasa ini adalah untuk laman web. Terdapat pembangun kandungan professional yang dapat menulis keperluan industri dan maklumat yang berkaitan untuk laman tersebut. Penulisan kandungan boleh menggunakan templat yang telah disediakan. Segala kesalahan tatabahasa dan ejaan seharusnya diatasi di dalam fasa ini.

Input : rekaan templat
Output : laman dengan kandungan yang berformat.

5. Pengaturcaraan

Sekarang adalah giliran pergaturcaran memasukkan kod tanpa mengganggu rekaan laman. Tidak seperti rekaan tradisional, pembangun harus mengenali antaramuka dan kod aturcara tidak harus mengganggu rekabentuk dan ciri2 serta aplikasi laman tersebut. Jadi pembangun harus memahami rekaan dan navigasi laman. Pembangun harus berinteraksi dengan pereka untuk memahami rekaan. Pereka mungkin perlu memasukkan butang grafik apabila pembangun memerlukan terutama apabila menggunakan butang form. Apabila kumpulan pembangun bekerja, mereka seharusnya menggunakan CVS untuk mengawal sumber mereka. Kumpulan pengaturcara seharusnya menghasilkan pelan pengujian yang bersesuaian seperti dokumentasi teknikal. Sebagai contoh, pengguna Java akan menggunakan JavaDoc untuk membangunkan dokumen mereka untuk memahami aliran aturcara mereka. Dokumentasi pengguna akhir juga boleh disediakan oleh pasukan pengaturcara, dimana boleh digunakan oleh penulis teknikal iaitu mereka yang memahaminya untuk menulis helps dan manual laman itu nanti.
Input : laman dengan bentuk dan spesifikasi yang diperlukan.
Output : fungsi laman berpandukan pangkalan data, dokumen aturcara.

6. Pengujian

Tidak seperti perisian, aplikasi berasaskan laman web memerlukan pengujian yang agresif, kerana aplikasi akan selalu berfungsi sebagai system pelbagai pengguna dengan kekangan bandwith. Sebahagian pengujian yang sepatutnya dilakukan adalah, ujian integrasi, ujian stress, ujian scalablity , ujian pemuatan(load), ujian resolusi, dan ujian kesesuaian penggunaan pelayar (browser) yang berlainan.kesemua ujian secara automatic atapun manual harus dilakukan tanpa gagal. Sebagai contoh, kita perlu melakukan ujian kelajuan muat gambarajah dan mengira dan mengira masa yang diperlukan untuk memuat rajah tersebut dimana ia amat penting bagi mana-mana laman web. Terdapat beberapa perkakasan pengujian seperti ujian atas talian yang mana dapat membantu penguji menguji aplikasi mereka. Sebagai contoh, pembangun ASP boleh menggunakan Microsoft Web Application Test Tool untuk menguji aplikasi ASP mereka yang mana aplikasi tersebut blh dimuat turun dengan percuma dari laman web Microsoft.

Selepas melakukan semua pengujian adalah perlu untuk melakukan ujian secara live untuk web dan aplikasi berasaskan web. Selepas memuat naik laman tersebut, sepatutnya ada pengujian sepenuhnya diatas laman itu.

Input : laman tersebut, spesifikasi yang diperlukan, dokumen sokongan, spesifikasi teknikal, dan dokumen teknikal.
Output : aplikasi/laman yang lengkap, laporan ujian, log kesilapan, kekerapan interaksi antara pembangun dan pereka.

7. Promosi

Fasa ini hanya untuk laman web. Promosi memerlukan persediaan meta tags, analisis yang berterusan dan menghantar URL kepada enjin carian dan direktori. Promosi laman adalah satu proses yang berterusan kerana strategi enjin carian mungkin selalu berubah. Menghantar alamat URL sekali dalam 2 bulan adalah polisi penghantaran yang sesuai.jika pelanggan bersetuju, klik berbauyar dan penghantaran berbayar boleh dilakukan dengan kos tambahan.

Input : laman dengan kandungan, mail pelanggan yang memaklumkan pesaing.
Output : penghantaran laman dengan persedian meta tag yang bersesuaian.

8. Pengubahsuaian dan pengemaskinian.

Laman web memerlukan pengemaskinian yang kerap untuk memastikan kesegarannya. Dalah kes tersebut, kita perlu melakukan analisis lagi dan semua kitar hayat yang lain akan berulang. Pembetulan pepijat boleh dilakukan semasa pengubahsuaian. Apabila laman web anda beroperasi, promosi berterusan, pengubahsuaian teknikal, pengurusan dan pengemaskinian kandungan, laporan kunjungan laman, latihan kepada kakitangan dan pemantauan diperlukan dari masa ke semasa bergantung kepada berapa kompleks laman web anda dan keperluan kepada organisasi.

Input : laman/aplikasi, kandungan/fungsi yang perlu dikemaskini, laporanm analaisis semula.
Output : aplikasi yang telah dikemaskini, dokumen sokongan untuk pasukan kitar hayat yang lain.

rujukan :

http://blogapaja.wordpress.com/2009/01/25/proses-pembangunan-laman-web-%E2%80%93langkah-kitaran-hayat-wdlc

Friday, March 5, 2010

Guru Wajib ke Luar Bandar

cikgu baru mesti mengajar di pedalaman


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diwawancara oleh Suhaimi Sulaiman pada program Temubual Eksklusif Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Nik Rosli Ishak.

Tempoh tugas tiga hingga lima tahun tempoh perkhidmatan
Cikgu baru mesti mengajar di pedalaman
KUALA LUMPUR: Guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang sedang dialami sektor pendidikan ketika ini.


"Ketika ini elaun maksimum RM1,500 diterima oleh guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Kementerian akan memikirkan bentuk imbuhan baru untuk mereka.

"Contohnya, dalam tempoh 30 tahun berkhidmat, guru perlu pergi ke pedalaman dan begitu juga guru baru. Kerajaan akan memikirkan dorongan dalam bentuk baru untuk menggalakkan guru ke pedalaman," katanya ketika ditemuramah dalam program temubual Agenda Awani, rancangan terbitan Astro, di sini malam tadi.

Muhyiddin juga berkata, sudah tiba masanya guru mengubah corak pemikiran dengan menganggap mereka adalah golongan yang bertanggungjawab menggalas tugas mendidik anak bangsa.

"Mengubah minda guru untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan yang jauh dari bandar adalah satu cabaran dan kekangan kepada kementerian ketika ini," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan mensasarkan 87 peratus kanak-kanak memulakan sesi prasekolah atau kelas tadika seawal usia empat hingga enam tahun.

"Ketika ini jumlah kanak-kanak yang memasuki prasekolah ialah 67 peratus dan kementerian akan memastikan jumlah itu meningkat bagi melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.

"Kita sangat menggalakkan pihak swasta untuk turut sama dengan kerajaan menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak. Kerajaan akan memberi imbuhan dan ganjaran kepada pihak swasta yang menyediakan kemudahan bilik darjah bagi tujuan prasekolah," katanya.

sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20100303000209/Article/

Wednesday, January 20, 2010

Sentiasa Berdoa

Doa adalah senjata yg tdk dimiliki oleh org lain melainkn mrka yg b'iman sahaja. krn itulah, org yg benar-benar beriman tdk pernah kenal erti putus asa atau kecewa. mereka sedar bahawa sebesar manapun halangan dan seberat mana pun bebanan yg dtg, mereka masih mempunyai tempat untuk mengadu..Yakni Allah s.w.t.
menurut Dato' Dr.Fadzilah Kamsah, ada beberapa tips agar doa dimakbulkan :
* Berdoa dgn ikhlas dan jujur kpd ALLAH s.w.t
* memulakan dgn pujian kpd Allah s.w.t dan selawat keatas Nabi s.a.w
* mengakhiri dgn pujian kpd Allah s.w.t dan selawat keatas Nabi s.a.w
* menghadirkan hati dan bersungguh-sungguh ketika berdoa.
* Brdoa dengan khusyuk dan rendah diri
* berdoa dgn sabar dan tdk trburu2 menanti jawapan.
* berdoa dlm keadaan senag ataupn susah
* jgn sesekali berdoa sesuatu yang buruk kpd diri sendiri atau org lain
* menghindari berdoa di tmpat maksiat
* berdoa dgn suara yg rendah dan tawaduk
* menghadap kearah kiblat
* berdoa dalam keadaan berwuduk
* bertaubat kpd Allah s.w.t sblm berdoa
* berdoa utk diri sndiri sblm berdoa utk org lain
* mengaminkan doa yg dibaca
dengan beberapa tips ini semoga dpt membantu kta supaya berdoa dgn cara yg btul..InsyaAllah

Saturday, January 16, 2010

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang Di Kampus

Seorang ibu sentiasa mendoakan anaknya

Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.
******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,
Emak
http://www.iluvislam.com

SiAPa yG dIkAtaKaN SaHaBaT

Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,
Atau,
Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,
Atau,
Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,
Atau,
Seorang sahabat ialah orang yang
Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah.
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya
seperti menyayangi dirinya.

Kenapa kita mesti ada sahabat?
1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup
bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan
Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak
diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja
tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana
sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.
Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan
bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita
sebagai muslim kenalah bijak memilih sahabat.

2. Sahabat adalah cermin diri kita,
Jika kita bersahabat dengan orang yang jahat,
Maka kita pasti dicerminkan demikian,
Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh,
Maka kita juga pasti dicerminkan demikian,
Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat
yang baik (ana tak pasti samada ianya hadis atau
kata-kata ulama'..renunglah;

Pilih sahabat yang baik seumpama,
Jika kita berkawan dengan pelebur besi,
Maka kita pasti mendapat percikan api,
Jika kita berkawan dengan penjual haruman,
Maka kita pasti sedikit wangian.

Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan
kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat
keredaan-Nya.

Wednesday, January 13, 2010

MENCUBA SESUATU ('',)

salam
arini ak tlh mncuba sesuatu yg bru..huhu cba mlbatkn dri dlm bidang yg ak idamkn slma nie..cba tuk meneroka serta mndekati alam maya..pembangunan blog dan laman web merupakn nma kursus yg ak rejester sem nie...huhu