Sunday, May 19, 2013

SECEBIS PENGALAMAN - PUJIAN ^_^

Assalamualaikum semuaaaa... semoga hari ini lebih baik dari semalam..

sedikit perkongsian dari sy..sebelum ni sememangnya sy sering mengikuti FB seorang ustazah yg menggunakan PUJIAN dalam P&P..sememangnya sangat2 berkesan untuk mendidik anak2 pelajar..suatu hari sy terbaca entry ustazah tersebut tentang PUJIAN..Kebetulan sy teringat kisah sy semasa mengajar di SKTD yg terjadi sepertimana yg ustzh tersebut nyatakan..

Alkisahnya adalah..bermulalah seperti biasa sy masuk ke kelas 1D..pelajarnya adalah 35 orang.. sy masuk kelas tersbut bukan masa seperti dalam jadual sy..maksudnya sy menggantikan guru yg tidak hadir pada hari tersebut.. sy memberi arahan supaya semua pelajar duduk di tempat duduk masing2 dan perlu menyiapkan kerja yg telah dipesan oleh guru mereka..sy sambil berjalan-jalan memantau mereka..kemudian sy duduk dihadapan seorang pelajar lelaki namanya F dia sedang memegang sekeping kertas. diatas kertas tersebut terdapat lukisan seekor kucing yg sangat cantik..apabila F sedar sy sedang melihat kerenah dia, dia malu dan segera memberi lukisan tersebut kepada sy..perbualan sy dan pelajar F :

pelajar F : ckguuu!!! nah sy beri ini kepada cikgu..
ckg : wahhh!!! SubhanaAllah cantiknya lukisan ini
pelajar F : ckg ambillah lukisan ini *dia sambil memandang seorang pelajar perempuan yg duduk bersebelahan tempat duduknya.
ckg : lukisan ini kamu yg lukis??
pelajar F : bukan sy cikgu, tp A yg lukis, A suruh sy berikan kpd ckgu * sambil jarinya menuding kearah sabahatnya yg bersebelahan tempat duduk F.
ckg : ooo mcm tu..xpa sy ambil...cantikkk lukisan ini :)
pelajar F : senyum sambil berbisik2 dengan sahabatnya A.

sy pun berjalan kearah meja guru untuk meletakkan lukisan tersebut didalam buku catatan sy..kemudian pelajar2 lain melihat dan terus menyoal sy..

pelajar2 : cikguuuuuuuu!!! apa tuuu??
ckg : ini lukisan A yg bg untuk sy.... A beri hadiah lukisan ini kepada sy..lukisan ini cantikkk :)
pelajar2 : ooo mcm tu..semunya terus menyiapkan kerja yg diarahkan td.

tiba2 loceng berbunyi menunjukkan masa sy utk kelas tersebut telah tamat.. sy kemas buku2 utk kekelas lain pula.keliatan guru utk masa seterusnya bg kelas mereka sudah sampai didepan pintu..sy senyum dan memberi arahan kpd semua pelajar..

ckg : ok, kamu siapkan kerja td dan ketua kelas perlu kumpul dan hantar buku td kepada ckg M.. Assalamualaikum...
pelajar2 : waalaikumsalam

*tiba2 beberapa orang pelajar memanggil sy..cikguuuuu!!! cikguuuu!!! cikguuuuu!!! tunggu2..kami ada hadiah utk ckgu..

sy terkesima dan berhenti didepan pintu, mereka menyerahkan beberapa lukisan, pen & tisu sebagai hadiah utk sy... sy mengambil dan mengucapkan terima kasih kpd mereka sambil malu dgn guru yg ada didepan pintu..guru tersebut senyum dgn kerenah pelajar2 tersebut.. selepas sampai di bilik guru sy membuka kertas2 yg diberikan oleh pelajar2 td..senyum sorang2 sy dibuatnya :)

ini antara gambar yg diberikan mereka :






AllahhuRabbi..Engkau berilah kejayaan kepada anak2 ini di dunia dan akhirat..mereka memuliakan guru mereka..

sesungguhnya anak2 pelajar, seorang guru tidak memerlukan hadiah yg bernilai dari kamu, tp cukuplah sekadar kamu memberi tumpuan semasa guru mengajar dan memperoleh kejayaan..sesunguhnya kejayaan kamu semua adalah kejayaan mereka juga..

sekadar perkongsian..sy memuji seorang pelajar td..hasilnya begini..apabila guru positif dgn mereka, mereka juga aakan positif dgn guru :)