Thursday, February 23, 2012

Kisah "LUAHAN HATI" yg sentiasa berbolak balik

Assalamualaikum w.b.t semua....

Hari ni sy nak kongsikan kisah "LUAHAN HATI" yang sentiasa berbolak balik..kisah ini terjadi pada salah seorang sahabat baik saya..Erm agaknya mengapa jadi begitu?? Dirinya pun tdk mengetahui puncanya..tp sahabatku ini sering mengadu bahawa dia juga ingin hidup seperti insan yg lain..Ya Allah bantulah sahabatku ini spy dia sembuh dari segala penyakit itu dan dapat hidup ceria seperti insan yg lain...

(mesti dia nak hidup ceria macam ni kan)

KISAHNYA :
seperti seorang gadis dewasa, semstinya sahabatku ini ingin hidup ceria sepertimana kwn2 lain yang seusia dengannya, tetapi sebaliknya berlaku pada dirinya, bila dilihat dari tubuh badan, rupa paras sememangnya dia nampak sihat seperti org lain TETAPI hatinya????
sering berbolak balik. Antaranya,dia akan rasa tidak tenang apabila dia diajak untuk ke kenduri kahwin+kenduri arwah+menziarahi jiran dan keluarga + majlis2 keramaian..hatinya sentiasa berbolak balik memikirkan pandangan orang terhadap dirinya..menurutnya, persoalan demi persoalan yang muncul di kepalanya apabila dia diajak kemajlis begitu..
ANTARANYA, apabila dia kerumah kenduri, dia lebih suka orang memberi kerja kpdnya daripada dia duduk sendirian, dia lebih suka sibuk dengan kerja2 daripada dia hanya duduk melihat orang membuat kerja,dia akan susah hati+serabut perot memikirkan pandangan org terhadap dirinya jika hanya diam sahaja tanpa membuat apa2 kerja.kadang2 air mata mengalir tanpa sebab.Ya Allah...
Dia juga takut jika dirinya menjadi seperti kakaknya..seorang kakaknya juga begitu, menghadapi situasi yang sama. Dia juga sedih memikirkan ibunya yg sangat memahami dirinya tetapi...(dia tdk dpt menceritakan seterusnya krn sebak bila memikirkan)

Aku seirng menasihatkan dia supaya kuatkan diri menghadapi situasi tersebut, jangan ikutkan hati, kuat semangat..Ya Allah bantulah sahabatku ini dalam menghadapi hidupnya dihari yg akan datang, semoga ALLAH S.W.T memberi ketenangan kepada dirinya..

WallahuA'lam... (",)



No comments:

Post a Comment